Hari ini kita boleh nampak ada di antara bekas tahanan Ops Lalang yang berkerjasama dengan Dr Mahathir seperti Lim Kit Siang. Walaupun mereka tahu Dr Mahathir antara yang bertanggungjawab dalam operasi itu.

Pada 27 Oktober 1987, polis melancarkan tangkapan besar-besaran buat kali pertama sejak peristiwa 13 Mei 1969. Operasi yang dikenali sebagai Ops Lalang itu menyaksikan 106 orang ditangkap tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Operasi yang dijalankan selepas enam tahun Dr Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri ini membuatkan aktivis NGO, ahli politik, ahli akademik dan mahasiswa ditangkap. Kalau ikut kata kerajaan dan polis tindakan ni perlu sebab isu-isu keselamatan.

Imej dari Asian Correspondent.

Imej dari Asian Correspondent.

Walaupun kini tiada ISA, tapi masih ada banyak persoalan yang bermain di fikiran kita seperti kenapa kerajaan menangkap ramai orang?  Siapa yang memberikan arahan? Siapa yang perlu di pertanggungjawabkan?

Berikut adalah faktor sebelum berlakunya Ops Lalang;

1. Dr Mahathir menang tipis dalam Pemilihan Agung UMNO

Pada April 1987, Tengku Razaleigh mencabar Dr Mahathir dalam pemilihan parti sebagai Presiden UMNO. Disebabkan tu jugak, UMNO dah terbahagi kepada dua team iaitu Team A dan Team B.

Team A diketuai oleh Dr Mahathir dan Team B dipimpin oleh Tengku Razaleigh. Tun Musa Hitam yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak meletakkan jawatan pada 1986 untuk bersama Tengku Razaleigh mencabar kepimpinan Dr Mahathir.

Tun Musa dakwa yang dia letak jawatan sebab dituduh cuba gulinglkan Dr Mahathir. Imej dari The Star.

Tun Musa dakwa yang dia letak jawatan sebab dituduh cuba gulingkan Dr Mahathir. Imej dari The Star.

Hasilnya, Dr Mahathir menang dalam pertembungan itu mengalahkan Tengku Razaleigh dengan mejoriti tipis 43 undi, manakala Musa Hitam kalah dengan Ghafar Baba (bekas Timbalan Perdana Menteri) dengan beza 40 undi.

Walaupun begitu, keadaan politik UMNO masih bergolak bila berlakunya perpecahan dalam parti. Tengku Razaleigh ketika tu ambil tindakan undang-undang terhadap UMNO yang akhirnya menyaksikan parti itu diharamkan pada  4 Februari 1988.

Dari apa yang berlaku ini, boleh dikatakan yang kedudukan Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika itu dalam keadaan genting.

Dr Mahathir dan Tun Ghafar Baba raikan kemenangan. Imej dari Utusan Malaysia.

Dr Mahathir dan Tun Ghafar Baba raikan kemenangan. Imej dari Utusan Malaysia.

2. Isu perkauman antara kaum Cina dan Melayu

Menurut laporan kertas putih Ops Lalang (Kertas Putih Ke Arah Memelihara Keselamatan Negara), pihak polis bertindak demikian kerana untuk mengelakkan rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dari berulang.

Sebenarnya sejak awal 1980an, pelbagai isu perkauman telah dibangkitkan. Antaranya adalah apabila rancangan Kerajaan Negeri Melaka memindahkan tanah perkuburan Cina untuk tunjuan pembangunan. Perkara ini mendapat bantahan dari pelbagai pihak hingga menyebabkan perkara itu menjadi isu politik dan perkauman.

Kawasan perkuburan di Bukit Cina, Melaka. Imej dari travel-wonders.blogspot

Kawasan perkuburan di Bukit Cina, Melaka. Imej dari travel-wonders.blogspot

Setiausaha Agung DAP ketika itu, Lim Kit Siang menyifatkan tindakan kerajaan untuk memajukan Bukit Cina sebagai satu usaha untuk memusnahkan jasa-jasa kaum Cina dan mengancam kebudayaan kaum Cina. DAP jugak dah bertindak menyebarkan poster yang ada slogan ‘Bukit Cina Warisan Sejarah Cina’ dan mengumpulkan 200 ribu tandatangan untuk menentang rancangan itu.

Selain itu, isu pendidikan turut menjadi faktor utama kebangkitan sentimen perkauman ini. Ia bermula bila Anwar Ibrahim selaku Menteri Pelajaran menempatkan guru-guru yang bukan dari pendidikan Mandarin untuk menjadi guru Penolong Kanan dan Penyelia Petang kat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, SRJK(C).

Hal ni mendapat bantahan dari DAP, MCA dan beberapa pertubuhan/persatuan Cina. Kemuncaknya, satu perhimpunan diadakan kat Tokong Theao Hou, Kuala Lumpur. Dalam perhimpunan ini, Naib Presiden MCA, Lee Kim Sai dan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang adalah antara yang lantang mendesak kerajaan menyelesaikan masalah ini. Perhimpunan tu jugak membuat beberapa resolusi termasuk tindakan mogok kelas selama 3 hari.

Anwar Ibrahim (Menteri Pelajaran ketika itu) mempertahankan tindakan kerjaan dalam isu guru di SJKC

Anwar Ibrahim (Menteri Pelajaran ketika itu) mempertahankan tindakan kerajaan dalam isu guru di SRJKC. Imej dari Malaysia Today.

DAP jugak bertindak membantah tindakan Universiti Malaya yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar subjek mata pelajaran pilihan. Selain tu, polisi ‘Satu Bangsa, Satu Budaya‘ dari kerajaan juga mendapat bantahan kerana disifatkan boleh menjatuhkan kedudukan budaya kaum lain.

3. Gerakan mengkristiankan orang Melayu dan Islam

Selain itu, satu gerakan yang dipimpin oleh Neglected People’s Workers (NPW) didakwa terlibat dalam usaha mengkristiankan orang-orang Melayu dan dilaporkan dah berjaya mengkristiankan 7 orang Melayu. NPW ni ditubuhkan pada 1984, dan diketuai oleh Philip Cheong, seorang Penyelia Insuran.

Modus operandi adalah dengan cara melantik seorang pemuda Melayu, Jamaluddin Othman @ Yeshua Jamaluddin yang mendapat pendidikan Kristian kat Far Eastern Biblical College, Singapura untuk berdakwah kat orang Melayu.

Kes murtad Lina Joy pernah menggemparkan Malaysia. Imej dari membelaislam.wordpress

Kes murtad Lina Joy pernah menggemparkan Malaysia. Imej dari membelaislam.wordpress

Mereka juga didakwa menggunakan cara halus dengan melibatkan cara hidup Melayu dalam dakwah mereka, macam duduk kat lantai masa beribadat, guna rehal bila baca bible dan pakai pakaian Melayu seperti songkok, baju Melayu dan kain pelikat bila beribadat.

Mereka jugak dikatakan nak bina gereja dengan reka bentuk masjid. Seorang lelaki bernama Kamaluddin Hj Tahir jugak mengaku yang dia ni dah jadi paderi dan hebohkan kejayaannya mengkristiankan orang Melayu.

Isu ni jadi lebih panas bila Yang Dipertua PAS, Tuan Guru Yusuf Rawa turut buat dakwaan bahawa 66,000 orang Melayu telah dimurtadkan. Dewan Pemuda Pas Pusat pulak menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Anti-Kristianisasi dengan membuat kempen penerangan seperti seminar, rapat umum dan sebarkan risalah berkenaan isu Kristianisasi.

DAP pulak buat laporan polis pasal jawatankuasa baru PAS tadi , sebab dianggap sebagai menghina agama lain. Lepas itu, muncul pulak satu kumpulan yang dikenali sebagai ‘Jundullah‘. Kumpulan yang terdiri dari ramai penyokong PAS ni didakwa mahu mewujudkan pemerintahan Islam melalui tindakan militan. Tapi penubuhan kumpulan ni tak dapat restu dari PAS.

4. Ada kegiatan yang cuba sebarkan fahaman komunis

Sebelum Perjanjian Damai 1989, kegiatan komunis kat Malaysia masih berjalan walaupun tidak berapa aktif. Jadi kerajaan masih berjaga-jaga dengan fahaman komunis dan cuba menghalang ideologi ni dari berkembang.

Kerana tu jugak kerajaan ambil tindakan tegas terhadap satu gerakan Komunis yang dipercayai memberi ancaman kepada kerajaan dan negara. Gerakan ni dipelopori oleh beberapa orang yang telah menerima fahaman Marxist masa belajar kat Amerika Syarikat, United Kingdom dan universiti tempatan.

Perjanjian Damai Haadyai, menandakan tamatnya perjuangan Komunis di Malaysia. Imej dari matamin02.blogspot.

Perjanjian Damai Haadyai, menandakan tamatnya perjuangan Komunis di Malaysia. Imej dari matamin02.blogspot.

Mereka ni didakwa menghasut masyarakat dengan mengatakan kemiskinan, penderitaan dan ketidakupayaan mereka selama ini berpunca daripada penindasan sistem yang ada di negara ini. Kesannya, beberapa individu ditangkap, antaranya adalah Dr Mohd Nasir Hashim, pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Chee Heng Leng, pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia).

Ada jugak dakwaan yang mengatakan 2 orang pelajar Melayu, Hishammudin Rais dan Muhammad Yunus Ali telah pergi ke Beijing pada Januari 1980, untuk bertemu dengan Setiausaha Agung PKM, Chin Peng. Dalam pertemuan tu, dikatakan Chin Peng memberikan cadangan untuk mereka untuk menubuhkan Kumpulan Bersenjata Melayu, yang akan diberi latihan oleh PKM.

Hishamudin pernah jadi pengarah filem 'dari jemapoh ke manchester'. Imej dari bersih.org.

Hishamudin pernah mengarah filem ‘Dari Jemapoh ke Manchester’. Imej dari bersih.org.

5. Peristiwa amok di Jalan Chow Kit

Keadaan panik di Kuala Lumpur terjadi pada 18 Oktober 1987, apabila seorang anggota renjer, Prebet Adam bertindak membuat tembakan rambang kepada orang ramai di Jalan Chow Kit. Dilaporkan 3 orang terbunuh dalam kejadian itu.

Imej dari Info Kini.

Imej dari Info Kini.

Ada beberapa versi faktor kenapa Prebet Adam mengamuk. Tetapi mengikut laporan, Prebet Adam ni sebenarnya alami tekanan perasaan sebab dibuli dan didera masa dalam kem tentera. Mahkamah selepas itu membuat keputusan supaya Prebet Adam dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dan pertuduhan terhadapnya digugurkan.

6. Keadaan negara semakin tidak terkawal dan api perkauman yang semakin menebal

Kesan dari peristiwa-peristiwa ini membuatkan sentimen perkauman semakin menebal. Pemuda UMNO melalui Anwar Ibrahim (Menteri Pelajaran) telah merancang untuk buat satu perhimpunan raksasa yang melibatkan 500 ribu orang untuk melawan perhimpunan yang diketuai oleh MCA dan DAP tadi (baca point #2). Tapi rancangan itu tak diluluskan oleh kerajaan.

Masa DAP membuat demonstrasi di UM, berlaku pertengkaran mulut antara mereka dan pelajar seperti ‘Cina balik Tongsan’ dan ‘Melayu balik Indonesia’.  Selepas tu, pelajar-pelajar Melayu pula mengadakan tunjuk perasaan tanpa kebenaran kat UM. Sejurus itu,  DAP pula mengadakan mogok lapar di hadapan pintu masuk UM.

Jadi, siapa yang bertanggungjawab dengan Ops Lalang ni?

Kesan dari Ops Lalang menyaksikan 4 lesen akhbar tempatan dibatalkan iaitu The Star, The Sunday Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan. 106 orang ditahan di bawah ISA, 50 dibebaskan selepas dua bulan dan akhirnya tinggal 33 yang masih ditahan ketika itu.

Antara mereka yang ditahan adalah:

  1. Lim Kit Siang -Setiausaha Agung DAP
  2. Chandra Muzaffar – Presiden Aliran
  3. Karpal Singh – Timbalan Pengerusi DAP
  4. Chan Kit Chee – Naib Presiden MCA
  5. Kua Kia Soong – Ketua Publisiti Jawatankuasa Hak Awam
  6. Lim Fong Seng – Pengerusi Dong Jiao Zhong (Persatuan Pendidikan Cina)
  7. Halim Arshat – Ketua Pemuda PAS
  8. Mohamed Sabu – Pemuda PAS
  9. Ibrahim Ali – Ahli Parlimen Pasir Mas, UMNO
  10. Mohamed Fahmi Ibrahim – Exco Biro Pendidikan Pemuda UMNO
  11. Sim Mow Yu – Pakar pendidikan Cina
Dato Ibrahim Ali pun kena tangkap, walaupun dia masih dalam UMNO masa tu. Imej dari Malay Mail Online.

Dato Ibrahim Ali pun kena tangkap, walaupun dia masih dalam UMNO masa tu. Imej dari Malay Mail Online.

Pada 2014, Penasihat DAP, Lim Kit Siang gesa Dr Mahathir minta maaf kat semua mereka yang ditahan masa Ops Lalang termasuk dirinya sendiri.

Bagaimanapun, Dr Mahathir kata beliau tidak terlibat dalam menyuruh atau menyenaraikan nama mereka yang harus ditangkap, sebaliknya polis yang bertanggungjawab menasihatkannya. Tun Hanif Omar (Ketua Polis Negara ketika itu), mengakui kata-kata Dr Mahathir itu dan berkata keadaan negara selepas peristiwa Prebet Adam mengamuk, membuatkan polis terpaksa bertindak untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969 dari berulang.

Bagaimanapun, Mohamad Sabu yang turut tertangkap pada masa itu, mempertikaikan kata – kata Dr Mahathir, jika Dr Mahathir mengatakan beliau tidak masuk campur urusan polis, kenapa beberapa ahli politik BN tidak ditangkap.

Walau apapun, Ops Lalang akan tetap menjadi sejarah yang sangat berguna dalam sistem politik dan pentabiran di Malaysia.- SC.MY

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here