One Direction
One Direction

Berita perpecahan kumpulan One direction mungkin perkara yang kerap didengari ketika ini, ia bukanlah perkara baru yang sering tersebar di laman social dan juga akhbar berita

Louis Tomlinson, salah seorang anggota 1D mengesahkan ‘perpecahan’ yang dimaksudkan hanya bersifat sementara. Ini kerana, mereka hanya akan berehat daripada mengeluarkan album sebagai satu kumpulan untuk seketika sahaja.

Seorang lagi anggota 1D, Niall Horan pula berjanji dengan peminat sebaik sahaja semua anggota kumpulan itu sudah bersedia, mereka akan kembali bergabung.

Beberapa portal media antarabangsa menyebut keputusan untuk berehat itu dibuat bersama oleh anggota kumpulan itu.

Konsert terakhir 1D akan berlangsung pada 31 Oktober ini di Sheffield, UK.

Ahad lalu, 1D mengumumkan mereka akan mula fokus pada projek solo bermula tahun hadapan, sekaligus tidak akan membuat sesi konsert jelajah untuk album kelima mereka yang dijangka akan diterbitkan sebelum Krismas ini.

-AstroAwani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here