Tuesday, June 19, 2018
Home News Entertainment Nora Danish, Nedim Berpisah?

Nora Danish, Nedim Berpisah?

0
313

BERITA perpisahan pelakon popular Nora Danish dan kekasihnya Nedim tidak sukar dikesan oleh peminat – peminatnya sendiri. Ini kerana, di laman Instagram, Nora mahupun Nedim tidak lagi berkongsi gambar bersama malah rata- rata komen oleh peminat artis ini yang terdapat di kedua-dua laman Instagram Nora dan Nedim sudah dapat mengagak mengenai perpisahan mereka.

Melihat kepada personaliti Nora sendiri,  dia memang seorang yang suka berkongsi mengenai aktiviti hidupnya. Dari duduk rumah sampai bercuti keluar negara, semua boleh dilihat melalui laman sosial miliknya. Jadi, tidak sukar sebenarnya untuk peminat sendiri tahu apa yang sedang berlaku dalam kehidupan seseorang artis seperti Nora.

Cumanya, sebagai orang luar bagaimana sebenarnya keadaan Nora sekarang? Dari gambar memang tidak boleh sebenarnya kita menilai apa yang ada dalam hati wanita cantik ini, bahagia ke? Sedih ke? Hanya Nora sahaja yang tahu. Namun mengenang kembali apa yang pernah dilalui wanita ini, peminatnya yakin, Nora tidaklah serapuh mana. Di kala umurnya mencapai 34 tahun, ternyata ada perkara yang mampu dibanggakan wanita ini melalui pengalaman lalunya. Jadi soal putus cinta pasti bukan sesuatu yang perlu sangat dirisaukan peminat memandangkan wanita ini bijak untuk mengimbangi apa juga yang sedang dilalui diri.

Khabarnya ada yang berharap sangat Nora kembali bersama Nedim memandangkan hubungan cinta yang mereka gambarkan ini mendapat sokongan peminat Nora sendiri. Selepas beberapa tahun bersama Nedim, pastinya Nora sendiri lebih arif tentang hubungan yang terjalin.

Malah selepas masing-masing juga pernah gagal dalam rumah tangga, tentu mereka juga sudah lebih matang dengan keputusan yang dibuat. Apa yang pasti, kita tidak akan tahu kenapa mereka putus, sebab itu harap mana -mana pihak jangan ada yang terlalu menekan Nora dengan soalan-soalan yang mungkin boleh mengguris bukan sahaja hati mereka tetapi keluarga dua insan ini.

Percayalah kepada jodoh, mungkin sekarang Nora kata tiada lagi cinta antara dia dan Nedim, namun siapa tahu dua tiga bulan lagi ada perkhabaran berbeza pula dari mereka. Fahami bahawa cinta tidak pernah berjanji akan mengikat dua insan, tetapi perkahwinan adalah jawapan kepada penyatuan dua hati.

Sumber: Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here