nonny nadhirah
Cover image via @nonnynadhirah

PELAKON Nonny Nadirah sanggup bersumpah tidak pernah mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu.

Malah Nonny, 28, menegaskan dia tidak pernah bertemu, mahupun berhubung dengan Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

“Sumpah demi Allah, saya tak pernah berjumpa, berhubung atau menjalinkan hubungan cinta dengannya (Datuk Red).

“Saya tidak pernah memberikan nombor telefon kepadanya dan tidak tahu dari mana dia dapat,” kata Nonny pada Isnin.

Datuk Red dan isteri keduanya, Adira Suhaimi.

Terdahulu, Nonny dikaitkan dengan ahli perniagaan itu selepas Adnan mengakui menjalin hubungan rapat dengan seorang pelakon wanita yang dikenali sebagai ‘N’.

Bagaimanapun, Adnan mengakui hubungan yang terjalin sejak beberapa bulan lalu itu sudah berakhir selepas ia dihidu Adira.

Menurut bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) ini, dia terkejut apabila pihak pengurusannya memberitahu tentang pengakuan Adnan dan namanya disebut-sebut sebagai individu yang dimaksudkan itu.

Malahan, juga Nonny mengaku gosip tersebut telah membuatkan dia dan teman lelakinya bergaduh.

Kata Nonny lagi, dia tidak mahu memberikan kenyataan lanjut kerana apa didakwa Adnan itu tidak benar.

“Perkara ini saya dapat tahu pun dua hari lalu dan agak terkejut juga tiba-tiba pengurus hantar keratan artikel tentang pengakuan dia tu.

“Saya tidak mahu memberi kenyataan lebih-lebih sebab semua yang dikatakan itu tidak benar,” ujarnya.

Tambah pelakon berasal dari Sabah ini lagi, dia juga enggan memanjangkan isu itu kerana menghormati perasaan dua isteri Adnan, keluarga dan bakal mertuanya.

Kata Nonny, dia sudah mempunyai teman lelaki dan percintaan mereka sudah pun memasuki tahun kelapan dan merancang untuk berkahwin.

“Kalau boleh saya tak mahu panjangkan perkara ini sebab hormat isteri Adnan termasuk Adira, keluarga saya dan keluarga bakal mertua.

“Lagipun, saya dan teman lelaki sudah lapan tahun bersama. Kami pun ada perancangan untuk berkahwin.

“Saya tidak mahu disebabkan perkara ini hubungan saya dan teman lelaki berantakan,” katanya.

Datuk Red turut mempunyai seorang isteri yang dikenali sebagai Datin Red dan tiga cahaya mata.

Sementara itu, Nonny berharap dengan penjelasannya itu semua pihak berhenti menyebarkan gosip atau fitnah mengenai dirinya dan Adnan.

“Saya harap semua orang berhenti sebarkan benda yang tidak betul. Kalau nak buat gosip pasal kerjaya saya tak kisah.

“Tapi rasanya tak perlu melibatkan gosip cinta,” kata pelakon drama Isteri Luar Biasa ini.

Sebelum itu Adnan pernah ‘kantoi’ apabila video memperlihatkan dia memeluk Ruhainies ketika menaiki eskalator sebuah pusat beli belah tersebar.

Baca lagi: Adira Suhaimi Dikecam Akibat Datuk Red Menggatal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here