Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui tidak sangka niat baik kerajaan memansuhkan beberapa tol dalam negara menjelang 2018 dipesongkan oleh pembangkang.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, ia merupakan pembohongan yang dibuat pembangkang untuk menggoyahkan kesetiaan rakyat terhadap kerajaan.

Berkenaan hal tol, dalam Bajet 2018, Kerajaan Barisan Nasional bersetuju memansuhkan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, di BukitĀ  Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor.

“Malangnya, usaha murni kita ini sekali lagi dipesong oleh pembangkang, yang mendakwa, pemansuhan tol ini menambahkan beban rakyat. Pulak dah!” luah Najib di hadapan 2,817 perwakilan Persidangan Perhimpunan Agung Umno, hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berpendapat rakyat akan menanggung beban akibat pemansuhan empat tol seperti diumumkan Najib.

Ini kerana menurut Wan Azizah, kerajaan tidak akan mengeluarkan kos untuk pemansuhan itu.

“Saya mohon jangan terburu-buru mengalu-alukan permansuhan empat tol ini,” tegas Wan Azizah.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here