Neymar meminta maaf kepada rakan pasukan atas kontroversi yang melanda pada permulaan musimnya bersama Paris Saint Germain (PSG) selepas perpindahan bernilai 198 juta pound sterling dari Barcelona, Ogos lalu.

Menurut laporan akhbar Perancis, L’Equipe, permohonan maaf itu dibuat Neymar terhadap semua pemain termasuk Edinson Cavani selepas kedua-duanya terlibat dalam pergaduhan di bilik persalinan ketika PSG menundukkan Lyon 2-0.

“Selepas perbalahan yang berlaku pada Ahad antara Neymar dan Cavani, pemain Brazil itu memohon maaf kepada pemain PSG.

“Neymar ingin memohon maaf pada Rabu kepada rakan pasukan selepas sesi latihan.

“Thiago Silva bertindak sebagai juru bahasa kepada Neymar yang amat menyesali perbuatannya semasa di bilik persalinan.

Cavani Neymar

Bukan itu sahaja, pemain pertahanan Dani Alves yang campur tangan dalam perbalahan ketika sepakan penalti pada aksi menentang Lyon turut membawa kedua-dua pemain tersebut untuk menikmati makan malam bersama.

“Alves mengajak rakan pasukannya itu untuk makan malam di Victoria Paris.

“Edinson Cavani dan Neymar berada dalam keadaan tenang selepas perbalahan pada Ahad susulan drama semasa mengambil sepakan penalti.

Kedua-dua pemain itu menghadiri makan malam bersama dalam suasana harmoni.

— MStar Online

SHARE
Previous articlePakatan Harapan Lepas Tangan Banjir di Kedah
Next articleManchester United Mahukan Dybala
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here