Kajian daripada portal The Malaysian Insight melaporkan bahawa  54% netizen Facebook memilih Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri Pakatan Harapan (PH), berbanding 46% yang menyokong Dr Mahathir Mohamad dan Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ia merekodkan 1,100 undi, dengan 588 (54%) responden memilih Azmin dan Mukhriz sementara 497 (46%) memilih Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah.

Dr Mahathir, 92, juga pengerusi Bersatu dan Dr Wan Azizah, 65, ialah presiden PKR dan mereka juga masing-masing pengerusi dan presiden PH.

Pengguna media sosial diminta menyatakan pasangan mana menjadi pilihan mereka, susulan cadangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata Azmin dan Mukhriz, kedua-duanya berusia 54 tahun, yang selayaknya menjadi calon PM dan TPM bagi PH.

Zuraida membuat cadangan itu menjelang mesyuarat majlis presiden PH pada malam Jumaat, yang diadakan untuk mencapai keputusan berkenaan calon PM dan TPM gabungan pembangkang itu, tetapi gagal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here