Enam pemain dari skuad Bawah 22 Tahun Negara (B-22) dipanggil menyertai pasukan kebangsaan menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2019.

Pengendali skuad Harimau Malaya Nelo Vingada memanggil 24 orang pemain menjalani latihan pusat skuad kebangsaan bermula Sabtu ini sebelum terbang ke Korea Utara (5 Oktober) dan Hong Kong pada 10 Oktober 2017 bagi saingan Kumpulan B.

Vingada menggugurkan enam pemain daripada 23 yang beraksi menentang  Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka 5 September lalu.

Enam pemain yang digugurkan termasuk  Rizal Ghazali (Kedah) dan Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT) yang digantung perlawanan serta penjaga gol Farhan Abu Bakar (Kedah), Ahmad Syamim Yahya (Pahang), Nasir Basharudin (Perak) dan Nazrin Nawi (Perak).

Manakala Vingada memanggil pemain skuad Datuk Ong Kim Swee yang beraksi pada Sukan SEA baru-baru ini iaitu penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), Safawi Rasid (JDT), Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Adam Nor Azlin (Selangor) dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) serta seorang lagi muka baharu iaitu Nazmi Faiz Mansor, 23, dari JDT.

Kelayakan Piala Asia Skuad Harimau Malaya

Menurut Syamer, dia berasa gembira dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya dan akan menggunakan peluang itu sebaiknya.

“Pertama kali dipanggil dan saya sangat bersyukur. Saya akan cuba menunjukkan prestasi terbaik untuk berada dalam skaud utama.

“Pengalaman ini juga akan digunakan untuk meningkatkan lagi permainan saya ke peringkat yang lebih baik,” ujarnya ringkas kepada wartawan.

Senarai penuh pemain:

Baddrol Bakhtiar – Kedah
Syazwan Zainon -Kedah
Khairul Helmi Johari -Kedah
Akram Mahinan – Kedah
Ifwat Akmal Chek Kassim – Kedah
Fitri Omar – Kedah
Ahmad Hazwan Bakri -Johor Darul Ta’zim
Safiq Rahim – Johor Darul Ta’zim
Amirulhadi Zainal – Johor Darul Ta’zim
Darren Lok – Johor Darul Ta’zim
Nazmi Faiz Mansor – Johor Darul Ta’zim
Safawi Rasid – Johor Darul Ta’zim
Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy – Perak
Shahrom Abdul Kalam – Perak
Nazirul Naim Che Hashim – Perak
Amirul Azhan Aznan – Perak
Kiko Insa – Pahang
Matthew Davies – Pahang
Nor Azam Abdul Azih –  Pahang
Khairulazhan Khalid – Selangor
Adam Nor Azlin – Selangor
Wan Zack Haikal Wan Nor – Felda United
Shahrel Fikri Md Fauzi – PKNP FC
Syamer Kutty Abba – Pulau Pinang

— MStar Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here