neelofa kini selebriti paling popular
Cover image via @neelofa

Jika sebelum ini Nora Danish memegang rekod selebriti paling popular di Instagram, nampaknya Neelofa kini selebriti paling popular instagram yang telah berjaya merampas gelaran itu, dengan pengikut terbaru seramai 4.9 juta. Tidak sia-sia pelbagai kontroversi melanda selebriti ini dan kini segalanya berbaloi.

Menerusi Twitter, Neelofa turut berkongsikan berita gembira ini kepada peminatnya yang selama ini menyokong beliau didalam dunia seni hiburan. Turut sama gembira dengan berita itu, ramai mula membanjiri ruangan twitter mengucapkan tahniah kepada Neelofa atas kejayaan ini.

Pastinya fenomena Lofattah memberikan kesan hebat di dalam kerjaya Neelofa sepanjang bergelar selebriti. Malah ramai juga berpendapat, drama tersebut banyak menyumbang kepada peningkatan pengikut Neelofa di media sosial biarpun bermacam kontroversi panas melanda.

Apapun tahniah diucapkan kepada Neelofa yang kini menjadi selebriti paling popular di Instagram. Bukan sahaja pandai berlakon, bergelar usahawan berjaya pula tu di usia muda. Semoga Neelofa terus sukses di masa depan dan memberi inspirasi kepada orang lain.

Baca lagi: Neelofa Cuti Dua Minggu, Nafi Larikan Diri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here