nedim nazri
Cover image via @boss_ned

Umum mengetahui bahawa suami Nora Danish, Nedim Nazri adalah duda beranak anak satu hasil perkahwinan terdahulu, Mohamed Nedrin. Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik, Nedim meluahkan rasa kecewa apabila tidak dapat bertemu dengan anaknya lagi. Pun begitu, beliau masih ingin memperjuangkan haknya untuk mendapatkan separuh hak penjagaan.

“Kepada anak saya Nedrin, ayah mahu awak kuat, ayah mahu awak sihat dan gembira. Hanya Allah mengetahui betapa ayah merinduimu. Tapi tidak mengapa, ayah berjanji tidak akan babitkan nama kamu dalam masalah ini, ayah lakukannya kerana tidak diberi peluang untuk bercakap dengan kamu”

“Hari ini adalah hari pertama ayah ke mahkamah dan berjanji apa yang ayah mahu ialah separuh hak penjagaan untuk meluangkan masa bersama kamu. Ayah tidak meminta hak penjagaan penuh kerana ayah tahu yang terbaik untuk kamu untuk dibesarkan dengan kasih sayang ibu dan bapa”

Bagaimanapun, lain pula ceritanya di Instastory apabila Nedim seakan memberi bayangan bahawa ada pihak lain yang berniat jahat cuba menjauhkan beliau dan anaknya itu. Tetapi dalam masa yang sama, Nedim memberitahu dirinya redha andai keputusan mahkamah tidak berpihak kepadanya untuk mempertahankan hak penjagaan.

“Bismillah, ya Allah, kau tahu yang sebenar dan terbaik, aku reda dan serahkan padamu, manusia jahat yang cuba ingin menjauhkan anak dari darah dagingnya adalah perbuatan keji,” tulisnya menerusi Instastory di Instagram.

Untuk pengetahuan umum, Nedim sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang dikenali, Nabilah Khan pada tahun 2011 namun berpisah pada 2013. Hasil perkahwinan terbabit, pasangan itu telah dikuniakan cahaya mata iaitu Nedrin berusia lima tahun.

Baca lagi: Nedim Nazri Perli Fasha Sandha?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here