Tidak dinafikan pekerjaan, jawatan dan kedudukan penjawat awam boleh dianggap sebagai paling diminati kerana ianya paling selamat dalam sektor pekerjaan di negara kita. Hari ini, kira-kira 1.6 juta penjawat awam yang terdapat di seluruh pelusuk negara tidak perlu rasa khuatir dan bimbang akan kehilangan pekerjaan walau apa yang jua terjadi. Tetapi ianya bersyarat, sekiranya penjawat awam itu sendiri memilih jalan bodoh untuk melanggar disiplin, “makan rasuah”, “curi tulang” atau apa saja yang menyalahi undang-undang dan tatatertib maka perkhidmatan mereka boleh ditamatkan bila-bila masa.

Sehinggakan bekerja sebagai penjawat awam ini bertuah kerana bayaran emolumen atau gaji mereka juga akan tetap terima secara konsisten tepat pada masanya walaupun kerajaan sedang berhadapan dengan masalah ekonomi yang meleset secara global. Baru-baru ini, melihat semula pembentangan Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2018, cadangan Pakatan Harapan seandainya mereka berjaya membentuk kerajaan nanti dengan berhasrat untuk mengurangkan emolumen atau gaji, elaun, pencen dan bonus kepada kakitangan awam disifatkan tidak bertanggungjawab dan zalim. Walaupun ianya tidak diterangkan secara nyata dan jelas, tetapi cadangan seperti ini amat bertentangan dengan polisi semasa yang sedang dipratikkan oleh Kerajaan Barisan Nasional ketika ini.

Jika kita masih ingat akan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua beberapa bulan yang lalu, dengan bangga dan angkuh beliau menyatakan bahawa langkah pertama yang akan dibuat oleh PH jika diberi mandat memerintah adalah mahu menamatkan perkhidmatan separuh penjawat awam yang sedang berkhidmat. Jika dicongak secara kasar, ini bermakna lebih 800,000 orang dikhuatiri akan kehilangan kerja dan sumber pendapatan tetap. Jadi, bagaimana dengan nasib keluarga mereka nanti?. Bagaimana pula dengan nasib orang tua dan anak-anak yang masih memerlukan sokongan untuk terus hidup?. Inilah cadangan gila dari PH yang tidak bertanggungjawab hanya kerana mahukan kuasa semata-mata.

Di samping itu, timbul persoalan lain pula iaitu di antara 1.6 juta penjawat awam sedia ada tidak semuanya menyokong polisi semasa kerajaan. Diyakini terdapat segelintir penjawat awam yang sentiasa menyokong usaha-usaha PH untuk merampas Putrajaya dari kerajaan BN. Mereka ini sanggup menjadi tali barut bagi merealisasikan impian gila ini. Mereka sanggup mengkhianati kepercayaan yang diberi dengan menerima gaji setiap bulan tanpa rasa bersalah dan segan silu. Kepada kumpulan pengkhianat tersebut, ini bukanlah ugutan atau jangan mereka memandang remeh amaran yang diberikan ini. Laungan-laungan PH terhadap nasib penjawat awam perlu diambil serius. Penjawat awam perlu bersifat neutral dalam tindak-tanduk dan memberi khidmat kepada kerajaan yang sedia ada dengan penuh komitmen serta taat setia. Jumlah 800 ribu yang akan diberhentikan bukanlah sedikit. Maka dengan itu nasib penjawat awam adalah ditangan mereka sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here