Nama

PUCHONG – Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dimasukkan di dalam perlembagaan Pakatan Harapan yang diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jawatan Ketua Umum Pakatan Harapan diletakkan tanpa meletakkan siapa penyandangnya.

“Soal personaliti tidak timbul. Apabila kami hantar perlembagaan, kami tidak bagi beritahu siapa yang pegang jawatan kita cuma namakan jawatan sahaja,” katanya kepada pemberita pada  sidang media selepas menyerahkan logo di pejabat ROS, di sini hari ini.

Ditanya  jawatan Ketua Umum ada dalam struktur kepimpinan Pakatan Harapan, Mahathir mengakui perkara tersebut.

“Jawatan Ketua Umum ada diletakkan di dalam perlembagaan tetapi siapa yang mengisi jawatan tidak perlu disebut.

“ROS pun terima perlembagaan kami. Tidak ada masalah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here