Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa dirinya ‘panik’ dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian AS$10 bilion Bank Negara Malaysia (BNM).

“Pada hari raya saya ucap selamat hari raya, tapi dia asyik berusaha macam mana untuk tangkap saya.

“Tak apalah, dia ada kuasa, tangkaplah!” kata Mahathir semasa majlis Rumah Terbuka Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Melaka malam semalam.

Jumaat lalu, PM berkata Mahathir kini panik bahawa RCI forex akan membawa kepada pendakwaan jenayah.

Justeru, dakwanya, Mahathir tidak boleh membiarkan individu penting kepada kes berkenaan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dipenjarakannya memberi keterangan menentang beliau.

Najib mendakwa Mahathir kini menyokong Anwar sebagai perdana menteri selepas berusaha dengan pelbagai cara untuk menamatkan kerjaya politik bekas timbalan perdana menteri itu selama 20 tahun.

Walau bagaimanapun, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu menafikan dakwaan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here