anwar

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan Md Raus dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan tetap diteruskan walaupun menerima bantahan daripada pelbagai pihak termasuk pakar perundangan tersohor, Majlis Peguam dan wakil-wakil rakyat.

“Paling jelas, Perlembagaan Persekutuan negara ini dengan terang tidak membenarkan pelantikan-pelantikan ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Md Raus mengangkat sumpah Ketua Hakim Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara mengambil alih tempat Tun Arifin Zakaria yang bersara pada 31 Mac.

Anwar berkata, ketetapan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Peguam pada 3 Ogos lalu termasuk pengisytiharan hilang kepercayaan terhadap Md Raus membuktikan, Majlis Peguam cukup prihatin terhadap pelantikan tersebut.

“Pelantikan ini menonjolkan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang langsung tidak menghiraukan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dalam negara ini.

“Tindakan-tindakan ini hanya mementingkan diri sendiri dan menunjukkan betapa terdesaknya beliau untuk terus berkuasa ketika Malaysia dibelenggu skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara,” dakwanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here