Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Najib turut mendoakan supaya bekas Ketua Pembangkang itu kembali sihat.

“Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Beliau baru selesai menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu. Semoga beliau cepat pulih,” katanya menerusi Facebooknya.

Difahamkan, Anwar selamat menjalani pembedahan artroskopi bahu kanannya di HKL pada 12 November lalu.

Beliau sekarang ditempatkan di CCU hospital berkenaan dan pasukan doktor yang merawat beliau menasihatkan supaya beliau tidak diganggu buat sementera waktu.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here