PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal dengan ketara dalam memperlihatkan kepimpinan tegas bagi membendung peningkatan sikap tidak toleransi agama.

Kata beliau, Najib gagal mengamalkan kepimpinan yang baik terhadap siri insiden berkaitan dengan toleransi agama kebelakangan ini meskipun perdana menteri mempromosikan prinsip kesederhanaan.

“Najib terus diam dalam isu-isu seperti ini,” kata Saifuddin merujuk kepada kontroversi mengenai penganjuran program mempromosi arak, keengganan 2 presmis dobi untuk menerima pelanggan bukan Islam dan pendakwah yang menghina bukan Islam.

Sehubungan itu Saifuddin, sudah terlewat bagi Najib untuk menunjukkan kepimpinan dalam memerangi sikap tidak bertoleransi kerana orang lain, termasuk raja-raja Melayu telah mengatasi beliau.

Bulan lepas, Festival Beer Better yang dijadual untuk diadakan 6 dan 7 Oktober di Kuala Lumpur tidak dibenarkan susulan protes daripada PAS dan segelintir Muslim. Beberapa pihak mengkritik larangan itu, tetapi Najib tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Juga bulan lepas, 2 pengendali dobi, masing-masing di Muar dan Kangar, dikritik oleh pelbagai pihak kerana menguatkuasakan polisi pelanggan Muslim sahaja. Pada 27 September, Sultan Johor menegur pemilik dobi di Muar dengan menegaskan baginda tidak mahu perniagaan ala Taliban.

 Najib mengeluarkan 1 kenyataan pada hari yang sama, dengan mengatakan terdapat asas dalam keprihatinan yang diperlihatkan oleh sultan.

Ahad lalu, Dr Zamihan Mat Zin, pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, memberi ceramah di sebuah masjid di mana beliau mempersoalkan kebersihan bukan Islam dan kelihatan mengkritik kerajaan Johor sambil menyatakan sokongan kepada pengendali dobi. Khamis lepas, Majlis Raja-raja Melayu mengeluarkan kenyaatan menyuarakan kebimbangan bahawa perpaduan dan keharmonian di negara ini mengikis berikutan siri kontroversi kaum dan agama.

Pada keesokan harinya, polis menahan Zamihan kerana disyaki menghasut.

Mengulas lanjut, Saifuddin memberitahu FMT, ketika beliau berkhidmat di bawah Najib sebagai ketua pegawai Pergerakan Moderat Global dari tahun 2013 hingga 2015, beliau pernah mendengar diplomat asing yang menuduh perdana menteri memperlihatkan prinsip yang berbeza.

Pandangan itu merujuk kepada promosi kesederhanaan yang bersungguh-sungguh semasa bercakap di luar negara tetapi “berdiam diri dalam isu-isu yang berlaku dalam negara,” kata Saifuddin.

“Najib dan Barisan Nasional tidak mempunyai ciri-ciri itu,” kata Zaid. – FMT –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here