Dua wartawan Reuters ditangkap pada petang Selasa di bandar utama Myanmar, Yangon, kata seorang jurucakap kerajaan.

“Ya betul mereka ditangkap,” kata jurucakap itu, Zaw Htay.

“Bukan sahaja wartawan anda, tetapi juga anggota polis yang terbabit dalam kes itu, Kami akan mengambil tindakan terhadap anggota polis tersebut dan juga pemberita.”

Beliau tidak mengatakan mengapa wartawan, Wa Lone dan Kyaw Soe Oo, ditangkap.

Ketua komunikasi global Reuters Abbe Serphos berkata: “Kami sedang mencari maklumat lebih lanjut mengenai penangkapan mereka dan keadaan semasa mereka.”

Wa Lone, yang menyertai Reuters pada bulan Jun 2016, membuat liputan pelbagai cerita, termasuk krisis pelarian Rohingya di Rakhine State. Kyaw Soe Oo telah melaporkan untuk Reuters sejak September.

Kedutaan Amerika Syarikat di Yangon berkata dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman webnya pada Rabu petang bahawa ia sangat memandang berat penangkapan dua wartawan Reuters itu selepas mereka dijemput untuk bertemu dengan pegawai polis di Yangon.

“Untuk demokrasi berjaya, wartawan perlu dapat melakukan tugas mereka dengan bebas,” kata kedutaan itu.

“Kami menggesa kerajaan untuk menerangkan mengenai penangkapan ini dan membenarkan akses segera kepada wartawan.

– Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here