Angka terbaru Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB mendedahkan hampir 124 ribu pelarian Rohingya telah pun memasuki Bangladesh sejak 2minggu lalu. Sebahagian besar pelarian berkenaan sudah tidak mampu bertahan keganasan tentera Myanmar yang sedang menghadapi pemberontak ARSA Di negeri Rakhine.

Manakala dunia, semakin banyak negara mengutuk kekejaman tentera Myanmar yang disifatkan sedang melakukan penghapusan etnik dengan membunuh seramai mungkin masyarakat Islam Rohingya.

Di Turki, presiden Recep Tayyip Erdogan begitu lantang mengingatkan kerajaan Myanmar yang sedang melakukan kekejaman kemanusiaan dengan menjadikan minoriti Rohingya sebagai sasaran. Erdogan dilapor berkata demikian dalam kesempatan menghubungi Suu kyi menerusi telefon.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mendedahkan, seramai 123,600 pelarian Rohingya masuk ke Bangladesh sejak 11 hari lalu susulan peningkatan pertempuran antara pemberontak dan tentera Myanmar di Rakhine meningkatkan kebimbangan bencana kemanusiaan.

Malaysia sudah lama terlibat dalam perang mulut dengan Suu kyi berkaitan isu Rohingya. Pada Disember tahun lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia membentah keras pembunuhan masyarakat Islam Rohingya di Myanmar yang melampaui batas.

Berikutan pendirian itu Najib dikecam kerajaan Myanmar sebagai cuba campur angan ehwal negara mereka. Tetapi Najib menjawad dia sedia dikecam kerana apa yang berlaku bukan soal campur tangan tetapi soal kemanusiaan yang sudah hancur di negara itu.

Indonesia menyifatkan apa yang berlaku di Myanmar lebih daripada pembunuhan masyarakat Islam, tetapi sedang mencuba menghapuskan etnik Rohingya dari negara itu.

Beritkutan tunjuk perasaan bensar-besaran wanita Indonesia minggu lepas., Menteri Luar Retno Marsudi berkunjung ke Myanmar untuk bertemu Penasihat negara itu, Aung San Suu kyi. Pertemuan berlangsung di Nay Pyi Taw pada 4 September lalu.

Dalam pertemuan itu Retno menyampaikan keresahan dunia dan rakyat Indonesia tentang pembunuhan yang tidak berkesudahan di Myanmar.

Seorang profesor universiti di Indonesia berkata apa yang sedang berlaku di negara anggota ASEAN itu bukan lagi pembunuhan beramai-ramai, tetapi suatu penghapusan etnik seperti yang berlaku di Bosnia-Herzegovina semasa perang Bosnia lebih 2 abad lalu, di mana etnik Serb dan Croat cuba menghapuskan etnik Bosnia dari bumi mereka sendiri.

“Saya hadir di Myanmar membawa amanah masyarakat Indonesia yang sangat khuatir terhadap krisis kemanusiaan di negeri Rakhine, “ kata Rtno dalam pertemuan dengan Suu kyi.

Dari tahun ke tahun kondisi etnik minoriti Rohingya semakin buruk. Tahun ini sahaja, ratusan ribu Rohingya kembali menjadi pelarian di Bangladesh apabila kampung halaman mereka dibakar i tentara Myanmar, dan warganya dibunuh.

Ini bukan kali pertama pembunuhan seperti itu dialami oleh Rohingya. Antara yang terparah antara tahun 2012 dan 2015, di mana puluhan ratusan Rohingya mati dalam konflik yang melibatkan masyarakat majoriti Buddha di Rakhine yang dibantu tentera Myanmar.

Badan hak asasi manusia Human Right Watch dalam laporannya mengenai tragedi tahun 2012 berkata 125 ribu Rohingya menyusup ke Bangladesh –dan belum kembali hingga sekarang–

Menurut Human Right Watch tanda-tanda berlakunya penghapusan etnik jelas kelihatan walaupun pemerintah Myanmar membantahnya. Menurut Genocide Watch, pertubuhan yang memerhati perilaku penghapusan etnik di PBB berkata, Myanmar telah memenuhi lapan tahap penghapusan etnik yang ditetapkan oleh pertubuhan itu. Tahap-tahap itu adalah: Klasifikasi, simbolisasi, dehumanisasi, terorganisir, polarisasi, persiapan, dan penyangkalan:

Klasifikasi dan simbolisasi melibatkan tindakan mempromosi perbezaan hak antara “kita dan mereka”. Dalam hal ini Rohingya adalah mereka yang tidak diiktiraf sebagai warga negara Myanmar dan kita, yang melibatkan masyarakat Buddha yang berhak mengusir mereka.

Bagi masyarakat umum Myanmar, Rohingya dianggap pelarian Bangladesh meskipun telah tinggal di Rakhine sejak beberapa generasi lalu.

Dehumanisasi:. Dehumanisasi adalah tindakan menafikan sifat kemanusiaan terhadap sesebuah golongan. Mereka dianggap hama, penyakit, yang harus dipinggirkan.

Rohingya dalam hal ini mengalaminya. Karena tidak memiliki status warga negara, mereka hidup melarat, jaminan pendidikan dan pekerjaan sangat terhad karena tidak mempunyai kad pengenalan. Kehidupan mereka di bawah standard of living dan kebebasan mereka dibatasi.

Namun pelengkap kepada status penghapusan etnik adalah Penyangkalan. Negara yang mengamalkan Penghapusan Etnik sudah pasti menyangkal semua kes yang melibatkan pembunuhan beramai-ramai, termasuk menggali kubur besar, membakar mayat, mengancam saksi serta menyalahkan pihak yang dibunuh.

Pelaku penghapusan etnik boleh bergerak bebas sampai tertangkap dan diadili di pengadilan antarabangsa, seperti Pol Pot atau Idi Amin dan sebilangan bekas pemimpin Croat dan Serb semasa perang Bosnia.

Dalam hal Myanmar, penyangkalan dilakukan sendiri oleh Aung San Suu Kyi yang membantah keseluruhan tuduhan penghapusan etnik di negaranya, Malahan dalam peristiwa terbaru, Myanmar menyalahkan pemberontak ARSA yang membakar desa-desa Rohingya, padahal saksi mengatakan sebaliknya: Tentera yang melakukannya.

Melihat suasana seperti ini apakah yang dapat Malaysia lakukan selain daripada sekadar mengikuti masyarakat pelarian Rohingya melancar tunjuk perasaan, atau memanggil dutanya untuk diberi amaran.

ASEAN juga perlu bertindak. Kita tidak mahu ada negara yang mengamalkan penghapusan etnik wujud dalam pertubuhan serantau itu. Kalaupun ASEAN tidak mengamalkan dasar campur tangan ke atas sesebuah negara anggota, itu tidak menjadi hal. Keluarkan saja Myanmar daripada keanggotaan ASEAN.

Myanmar, atau Aung San Suu kyi tidak takut pada ancaman. Negara itu sudah terbiasa disingkirkan dunia semasa pemerintahan junta tentera. Manakala Suu kyi suatu tokoh besar Myanmar yang berjaya memecah monopoli tentera dalam kerajaan.

Dalam hal ini dunia perlu melakukan sesuatu yang lebih hebat dan bermakna kalau benar-benar mahu menyelamatkan etnik Rohingya yang beragama Islam daripada terhapus di bumi sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here