Tun Musa Hitam Bekas Timbalan Perdana Menteri, akui penat ¬†menjadi ‘kambing hitam’ dalam peristiwa Memali.

Tun Musa dipersalahkan dan dijadikan individu yang bertanggungjawab ke atas peristiwa berdarah berkenaan.

Katanya, peristiwa Memali adalah isu paling kontroversi dalam perjalanan politik beliau kerana beliau digelaran pembunuh.

“Signifikan Memali mudah, selama 30 tahun saya dikatakan pembunuh, bayangkan?

“Pembangkang menyalahkan Umno dan saya sebagai individu yang bertanggungjawab, dan ‘rakan-rakan’ saya dalam Umno, apabila situasi ini berlaku, mereka meninggalkan saya.

“Seolah-oleh biarlah Musa menjadi ‘kambing hitam’ kami,” kata beliau.

Musa juga mendakwa tidak diberi ruang untuk memberi penjelasan.

Namun selepas mendiamkan diri selama 30 tahun, beliau menceritakan krisis tersebut dalam bukunya ‘Frankly Speaking’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here