Pembantu Menteri Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Nilwan Kabang membidas pengkritik Tan Sri Musa Aman dan berkata negeri itu berada di landasan yang betul sejak beliau menjadi ketua menteri.

Bercakap di Kunak semalam, Nilwan berkata pembangunan pesat berlaku di kawasan bandar dan luar bandar serata Sabah.

“Ketua menteri jujur dan ikhlas, tiada siapa boleh pertikai beliau sangat mampu menguruskan negeri dan melindungi kepentingan rakyat,” katanya lapor Sabah Times.

Adun Kunak itu menambah pengkritik Musa “iri hati’ dan berkata warga Kunak akan terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada ketua menteri.

Musa menjadi ketua menteri Sabah le-14 pada 2003. Beliau juga memikul tanggungjawab menteri kewangan dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah.

Sabah merekodkan kedudukan belanjawan “surplus” selama 16 tahun berturut-turut.

Bajet RM4.1 bilion bagi 2018 itu, yang diumumkan pada 17 November, mempunyai lebihan RM64.89 juta hasil keseluruhan dan seganda lebihan yang diumumkan tahun lepas.

Musa berkata tema belanjawan 2018 jelas menggambarkan belanjawan itu untuk manfaat rakyat.

“Hasil yang dikutip oleh kerajaan setiap tahun akan sentiasa kita salurkan semula kepada rakyat untuk kemudahan dan faedah mereka,” katanya.

“Lebihan ini akan dijadikan sebahagian daripada simpanan untuk bekalan perbelanjaan pada masa depan.”

Sementara itu di bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata kadar kemiskinan di semua negeri menuntut penurunan tetapi paling ketara di Sabah dimana kadar kemiskinan turun daripada 4% pada 2014 kepada 2.9% pada 2016.

“Kejayaan ini mencerminkan kesungguhan dan usaha kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri Musa Aman dan kerajaan persekutuan.

“Kekuatan hubungan erat itu memberikan hasil positif kepada rakyat Sabah.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here