Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang rata-rata keahliannya dikalangan bekas pemimpin UMNO nampaknya masih mempunyai hati dan prihatin terhadap parti itu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memberi cadangan kepada ahli-ahli UMNO untuk mengusulkan sesuatu yang boleh memartabatkan parti itu.

Keprihatinan Muhyiddin itu nampaknya menunjukkan bahawa beliau masih prihatin dengan UMNO namun mungkin disebabkan keegoan diri menghalangnya untuk kembali pada parti melayu berkenaan.

“Saya minta agar ahli-ahli UMNO membawa usul tergempar dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Ke-71 yang akan datang ini.

“Saya tahu ada orang UMNO hadir, dengar ucapan saya hari ini.. anda boleh bawa usul tergempar dalam perhimpunan agong ini,” katanya ketika berceramah di program Jelajah Semarak peringkat negeri, anjuran PPBM Perak, di Meru pada Ahad.

Muhyiddin dalam pada itu turut menyatakan keyakinannya bahawa beberapa negeri akan jatuh ke tangan pembangkang pada PRU-14.

“Perak ini tidak lama.. Zambry (merujuk kepada Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir) sekarang ini duduk di kerusi menteri besar dan selepas PRU, dia tidak lagi duduk di situ.

“Begitu juga di Johor, dan banyak negeri lain yang akan kalah,” ujarnya.

Turut hadir ke program berkenaan, Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ;Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu, Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi; Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming dan Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here