Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hari ini, menerima kunjungan hormat daripada Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd yang juga merupakan syarikat operasi McDonald’s Malaysia

Muftinya, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, tujuan utama pertemuan adalah membincangkan isu-isu seputar boikot antaranya struktur pemilikan McDonald’s Malaysia; sumbangan kebajikan kepada komuniti di Malaysia; status pemilikan McDonald’s Amerika Syarikat (AS); royalti kepada McDonald’s AS; Keterlibatan McDonald’s dalam konflik-konflik dunia dan Program ‘Matching Gifts’.

Ujarnya, setelah mendapat penjelasan yang terperinci daripada Pengarah Kanan Sumber Manusia Golden Arches Restaurant Sdn Bhd (Mcdonalds), Azhar Darbi;  Pengarah Operasi Mohd Nasir Mailok dan Pegawai Kanan hartanah dan Pengurusan Aset, Mohd Najib Mohtar, pihaknya berpuas hati dengan kenyataan mereka.

Mufti Wilayah
Mufti Wilayah Persekutuan bertemu dengan Syarikat operasi McDonald’s Malaysia. Foto: Facebook Mufti Wilayah Persekutuan.
Foto: Facebook Mufti Wilayah Persekutuan.

“Dan kami amat menghargai kesungguhan mereka membantu pelbagai lapisan komuniti dalam program-program kebajikan melalui Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC).

“Semoga ukhuwah ini berkekalan dan usaha-usaha pemberdayaan masyarakat digiatkan lagi bagi tujuan pembangunan ekonomi masyarakat pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan umat Islam secara khususnya,” katanya.

Sebelum ini isu boikot McDonald’s Malaysia kembali timbul selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengambil langkah untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here