mrt

DISKAUN tambang 50 peratus akan diberikan kepada semua penumpang Mass Rapid Transit (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel dan Bus Rapid Transit (BRT) bermula esok hingga 31 Ogos ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, diskaun itu diberikan sempena kejayaan pelancaran MRT yang siap dibina dua minggu lebih awal.

“Projek MRT yang pada awalnya dijangka menggunakan dana berjumlah RM23 billion berjaya dikurangkan kepada RM21 billion.

“Projek ini yang fasa pertama dilancarkan pada 16 Disember tahun lalu ternyata berjaya membawa perubahan ketara kepada rakyat apabila 160,000 kereta berjaya dikurangkan di jalan raya setakat ini,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran MRT Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) Fasa Kedua di Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX), hari ini.

“Selain itu, 130,000 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan pada fasa pertama termasuk 70,000 secara langsung.

“Pada peringkat awal, kita juga menyediakan 41 ruang perniagaan dan akan ditambah lagi dalam masa akan datang,” katanya.

Baca lagi: MRT: Tiada Pulangan Pelaburan Bagi Kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here