Walaupun berjaya memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan tiga kemenangan setakat ini, namun Machester United masih gagal mengisi kekosongan jersi nombor 7.

Berikutan itu, persoalan mengenai pemakai jersi yang dianggap keramat di United mula menjadi sebutan.

Manchester Evening News melaporkan Jose Mourinho menunggu dua individu untuk diberikan jersi berkenaan.

Sasaran Mourinho

Mereka ialah Gareth Bale dari Real Madrid dan Antoine Griezmann (Atletico Madrid), walaupun perpindahan kedua-duanya dianggap sukar.

 

Bagaimanapun, perpindahan salah seorang pemain tersebut ke Old Trafford tidak mustahil kerana Mourinho dijangka menggunakan jendela perpindahan pada Januari untuk mendapatkan sasarannya.

Griezmann berdepan masalah untuk meninggalkan kelabnya selepas disekat kerana melanggar peraturan.

Manakala Bale pula bakal dijual sekiranya Real berjaya mendapatkan Kylian Mbappe.

Selain gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama, Bale juga dikatakan mempunyai masalah dengan Zinedine Zidane. – Mstar Online

SHARE
Previous articleAliff Syukri Heboh Lesen Pistol, Netizen Pertikai
Next article“Malaysia Akan Bangkit” Shahrom Kalam
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here