Jose Mourinho memuji kejayaan Manchester City memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi mengecam Manchester United yang mengalami kekalahan mengejut 1-0 kepada West Bromwich Albion.

Bagi membolehkan City dimahkotakan kejuaraan dalam tempoh beberapa hari lagi, United perlu mengelakkan kekalahan menentang kelab tercorot, West Brom dalam perlawanan di Old Trafford.

Tetapi tandukan Jay Rodriguez pada minit ke-73 mengejutkan ramai, bagi memastikan kemenangan kelab itu selepas mereka datang ke Old Trafford dengan rekod kekalahan sembilan daripada 10 perlawanan sebelum ini.

Kekalahan itu adalah ironi memandangkan United yang ketinggalan 2-0 dalam perlawanan menentang City pada hujung minggu lalu kemudian memastikan kemenangan 3-2, namun kemudiannya tewas mudah di laman sendiri.

Mourinho mengatakan dia tidak gembira selepas keputusan menentang City kerana dia tahu mereka boleh memenangi liga dan mendakwa beberapa pemainnya terlalu terikut-ikut emosi sebelum ini.

Header_1655617_16.9-1024x575

“Saya tak tahu jika saya adalah yang pertama atau kedua atau ketiga tetapi saya akan mengucapkan tahniah secara berdepan apabila berkesempatan,” kata Mourinho.

“Saya tahu lambat atau cepat yang mereka akan (menjadi juara) dan jika saya berada dalam kedudukan mereka, saya akan sangat sedih jika seseorang berkata mereka memenangi gelaran kerana Manchester United tewas kepada West Brom.

“Mereka menang kerana mereka adalah pasukan terbaik, dengan kehilangan beberapa mata saja. Kemungkinan kerana saya memenangi lapan kejuaraan, saya tidak terlalu gembira dengan kejayaan menentang mereka.”

United menjaringkan 30 gol kurang berbanding City pada musim ini dan Mourinho belum dapat menyatukan pemain kelabnya biarpun mendapatkan beberapa pemain berbakat seperti Marcus Rashford, Jesse Lingard dan Anthony Martial.

Mourinho bagaimanapun tidak menyatakan kelemahan permainan yang konsisten terhadap skuadnya tetapi bekas pengurus Chelsea itu percaya dia mampu membawa United ke puncak Liga Perdana Inggeris.

“Saya yakin terhadap kerjaya saya, itu sudah pasti – saya tidak mempunyai alasan untuk tidak mempercayainya,” katanya.

– AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here