Aksi Alvaro Morata yang meledak hatrik ketika membantu Chelsea membelasah Stoke City 4-0 di Stadium Bet365 kelmarin mendapat pujian pengurusnya, Antonio Conte.

Pada masa sama, Conte yang pernah membawa Morata ke Juventus pada 2014 mencabar penyerang itu supaya meneruskan aksi cemerlang di depan gawang lawan.

“Saya gembira dia mencipta hatrik dan sekarang dia perlu kekal begitu untuk menjadi penyerang yang hebat.

“Tapi harus diingat, perlawanan terakhir kami menentang Nottingham Forest, Michy Batshuayi juga meledak tiga gol.

“Jadi ada persaingan untuk rebut posisi penyerang utama,” katanya.

Mengulas pertemuan dengan Stoke, Conte akui gembira dengan persembahan keseluruhan pemainnya.

“Bukan senang untuk menang di gelanggang Stoke. Kami bermula baik, dapat gol awal dan akhirnya kami menguasai permainan.

“Morata juga ada memberitahu saya, dia berterima kasih kepada penyokong kerana berhenti menyanyikan sorakan kontroversi anti-Semantik terhadap dirinya,” ujar Conte.

Selain jaringan hatrik Morata, satu lagi gol The Blues disumbangkan Pedro. – Sinar Harian

SHARE
Previous articleSarawak Mampu Bantu HARAPAN Tawan Putrajaya
Next articleHow to Destroy a Politician’s Career
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here