MAHKAMAH Mesir menjatuhkan presiden yang digulingkan Mohamed Morsi hukuman penjara tiga tahun bersama 19 lagi defendan pada Sabtu kerana “menghina kehakiman”, kata peguamnya.

Defendan lain termasuk bekas ahli parlimen, aktivis dan tiga wartawan.

Morsi telah dijatuhkan hukuman penjara 45 tahun keseluruhannya dalam dua perbicaraan berasingan selepas tentera merampas kuasa pada 2013.

Kesemua defendan didakwa kerana membuat kenyataan yang menghina kehakiman.

Lima lagi defendan, termasuk aktivis yang dipenjarakan Alaa Abdel Fattah didenda 30,000 pound setiap seorang.

Morsi juga diarahkan untuk membayar dua juta pound kepada ketua hakim dan hakim lain, manakala 22 lagi defendan diarahkan untuk membayar sejuta pound kepada ketua hakim.

Peguam Morsi, Abdel Moneim Abdel Maqsud memberitahu AFP beliau akan membuat rayuan.

Ribuan Islamis ditahan dan dibicarakan sejak rampasan kuasa tentera daripada Morsi berikutan bantahan besar-besaran yang mahukannya meletakkan jawatan.

Pemburuan diteruskan kepada pembangkang oleh Presiden Abdel Fattah Al-Sisi, yang dipilih setahun selepas Morsi digulingkan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here