Pemain tengah West Ham, Michail Antonio dipanggil Pengurus Sam Allardyce untuk memperkuat skuad England ketika bertemu Slovakia dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada 4 September ini.

Pengumuman itu mengejutkan ramai penyokong skuad The Three Lions memandangkan Antonio satu-satunya pemain yang tidak pernah mewakili England sebelum ini.

Namun pemilihan Antonio dibuat berdasarkan prestasi terbaiknya pada musim ini di mana dia menjaringkan gol kemenangan untuk West Ham ketika menentang Bournemouth minggu lalu.

Menurut Allardyce, prestasi cemerlang bekas anak buahnya itu antara kriteria yang membolehkan Antonio dipilih.

¬†“Dia seorang pemain yang mempunyai perjalanan karier yang hebat. Dia menjaringkan sembilan gol dalam musim pertamanya. Dia berupaya melakukan hantaran dengan baik dan pada masa sama dapat menjaringkan gol,” kata Allardyce.

Sementara itu, Theo Walcott dan Wayne Rooney turut dalam senarai 23 pemain yang akan memperkuat England dalam pertemuan penting itu.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada Rooney akan kekal sebagai kapten England.

Penjaga gol Manchester City, Joe Hart turut tersenarai walaupun dia bukan pilihan Pep Guardiola musim ini.

Seperti diramal, nama pemain pertahanan Chelsea, John Terry tidak disenaraikan untuk pertemuan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here