Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengadakan mesyuarat penting hari ini bagi membincangkan prestasi skuad Harimau Malaya yang merudum dan insiden huru hara yang berlaku di Stadium Shah Alam, Selasa lalu.

FAM berdepan tekanan ekoran kekalahan memalukan 10-0 dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2018/ Asia 2019 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE). Ia diparahkan dengan insiden kekecohan yang berlaku ketika perlawanan seterusnya menentang Arab Saudi di Shah Alam yang dicetuskan kumpulan penyokong dikenali Ultras Malaya. Ultras Malaya didakwa melakukan provokasi melampau dengan membakar mercun dan membaling suar ke arah padang selain cuba mencetus pergaduhan.

Kehadiran anggota polis di sini dikatakan disebabkan atas dasar keselamatan disebabkan penangkapan beberapa dalang kekecohan di Shah Alam itu. Insiden yang terjadi di Shah Alam turut mencetuskan reaksi pantas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengarahkan Pesuruhjaya Sukan untuk menghantar surat tunjuk sebab kepada badan induk itu.

FAM diberi tempoh 14 hari untuk membalas surat itu yang dihantar pada Rabu lalu untuk mengemukakan laporan balas. Begitupun, andai jawapan yang diberikan tidak memuaskan, FAM tetap boleh digantung PJS yang membawa kepada risiko penggantungan FIFA kerana campurtangan kerajaan.

Begitupun, Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dikatakan tidak hadir pada mesyuarat hari ini. Setiausaha Agung badan induk itu, Datuk Hamidin Mohd Amin juga masih bercuti. Begitupun, kedua-dua Timbalan Presiden badan induk itu, Datuk Mokhtar Ahmad dan Affandi Hamzah hadir.

Sumber: BeritaHarian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here