Mesir

KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir menahan anak perempuan dan menantu lelaki pemimpin agama Ikhwanul Muslimin, Youssef Al-Qaradawi, yang kini hidup dalam buangan di Qatar. Satu kenyataan daripada pendakwa raya mengatakan, anak perempuan Al-Qaradawi, Ola dan suaminya, Hossam Khalaf, ditahan di sebuah pusat percutian tepi pantai Mediterranean semalam berhubung dakwaan menjadi anggota kumpulan pengganas itu.

Pihak berkuasa Mesiri mengarahkan mereka  ditahan selama 15 hari sementara menunggu siasatan. Mesir menganggap Ikhwanul Muslimin sebuah kumpulan pengganas selepas penyingkiran Presiden Muhammad Mursi pada 2013. Ribuan anggota pertubuhan itu dibunuh dan ditahan dalam tindakan keras pembersihan.

Al-Qaradawi dijatuhi hukuman mati tanpa kehadirannya. Beliau kini berada dalam senarai sekatan dikeluarkan Mesir, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, empat negara Arab yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. – Berita Harian

SHARE
Previous articleLiberalisasi Insurans Permotoran Untuk Pacu Persaingan Harga
Next articlePRU14: Kegilaan Mendapatkan Kuasa Mengancam Rakyat Sabah
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here