KUALA LUMPUR: Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) memperkenalkan model baharu, V-Class dengan menampilkan rekaan lebih moden dan berinovasi.

2015-mercedes-benz-v-class-8

V-Class adalah kenderaan penumpang terbaharu dan terbesar yang dikeluarkan pengeluar automotif Jerman itu, sekali gus menetapkan tanda aras baru dalam segmennya dengan reka bentuk serta inovasi yang menawarkan pengalaman berbeza kepada pengguna.

Keluaran terbaharu itu menyediakan fleksibiliti yang optimum apabila didatangkan dengan rekaan dalaman dan penampilan yang elegan. Naib Presiden Jualan dan Pemasaran (Kenderaan Penumpang), Mark Raine, berkata V-Class bukan hanya mampu memenuhi keperluan pelanggan bercitarasa tinggi, malah menampilkan rekaan lebih ‘sporty’ dan mempunyai ruang dalaman yang selesa bagi menempatkan barangan keperluan riadah atau aktiviti sukan.

2015-mercedes-benz-v-class-5

“Ia mampu memuatkan penumpang hingga lapan orang pada satu masa dan kenderaan itu menepati citarasa serta keperluan masyarakat kini yang mementingkan nilai, kecekapan dan keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Model V220 baharu dijual pada harga atas jalan dari RM434,888 (tanpa insurans) termasuk GST).

V220 dipadankan dengan enjin 2.1 liter dan menjana 163 bhp untuk membantu pecutan dari pegun hingga 100 kilometer sejam dalam masa 10.8 saat. 

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here