sarawak

Kerajaan negeri Sarawak sedang mempertimbangkan cadangan hukuman mengasi perogol, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Masyarakat, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Mesyuarat peringkat tertinggi mengenai perkara itu akan diadakan esok.

Menurut Fatimah, cadangan itu mendapat sokongan daripada rakyat yang prihatin terhadap peningkatan kes-kes sumbang mahram.

“Kami akan meneliti cadangan ini pada majlis wanita dan keluarga negeri yang akan diadakan esok,” kata beliau kepada pemberita di Kuching hari ini.

Dipetik Malay Mail Online, Fatimah berkata, mesyuarat itu akan turut dihadiri wakil polis, pertubuhan bukan kerajaan dan jabatan perubatan.

Fatimah bersetuju cadangan itu akan melibatkan pindaan pada Kanun Keseksaan, yang pada masa ini tidak menyediakan peruntukan hukuman mengasi ke atas pesalah kes rogol.

“Sepertinya terdapat lebih banyak kes sumbang mahram yang dilaporkan tahun ini berbanding tahun lepas,” kata beliau.

Beliau menambah terdapat lebih banyak kes yang tidak dilaporkan kerana kegagalan mangsa atau saudara terdekat untuk membuat laporan dengan polis disebabkan pelbagai sebab.

Fatimah berkata kementeriannya akan mendapatkan jumlah terkini kes sumbang mahram daripada pihak polis pada mesyuarat esok.-FMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here