memorandum

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang dan pemimpin Pakatan Harapan berarak dari Parlimen ke Bank Negara pagi ini untuk menyerahkan memorandum berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Barisan perarakan ini diketuai Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ahli Parlimen dan pemimpin Pakatan Harapan ini berjalan dengan membawa plakad dengan tulisan ‘rompakan terbesar dunia’ bersama-sama gegantung berwarna merah dengan tulisan ‘sayangi Malaysia hapus kleptokrasi’.

Memorandum itu akan diserahkan kepada Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here