osaka

Seorang daripada tiga remaja yang terlibat dengan insiden kekecohan di Vitti Lodge & Famili di Osaka, Jepun, memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan mahu bertanggungjawab di atas perbuatannya itu.

Ramadhan Sinclair melalui Facebook akui bertanggungjawab di atas segala kerosakan  di homestay berkenaan.

“Saya Ramadhan, ingin meminta maaf daripada pihak saya yang telah melakukan kecoh di Osaka minggu ini. Saya ingin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutama Qaiyum (baju biru) disebabkan saya telah melakukan keganasan terhadap beliau dan guna kata-kata sangat kesat.

“Kami bertiga akan bertanggungjawab terhadap kerosakan dan cuba untuk bayar kembali apa yang pengurusan tanggung.

“Saya bagi pihak individu yang buang najis di tempat mandi juga minta maaf dan saya sendiri tidak tahu siapa yang buat, namun terserah untuk percaya atau tidak.

“Saya berazam untuk menjadi orang lebih baik selepas ini dan jaga akhlak saya ke mana-mana saya pergi, “tulisnya dalam posting.

Staf terpaksa bayar RM5,000 di atas kerosakan itu.

Remaja tersebut didakwa menumbuk dinding homestay dan membuang air besar di bilik mandi. Perbuatan mereka akhirnya tular di Jepun dan juga Malaysia.

Susulan itu, pemilik homestay tersebut mengharamkan pelancong dari Malaysia untuk menggunakan perkhidmatannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here