melayu liberal

Golongan Melayu berfahaman liberal adalah salah satu punca kepada kelantangan golongan anti-Islam bersuara pada masa kini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, golongan seperti ini tidak memahami agama dengan sempurna, sekaligus menyebabkan golongan anti-Islam mengambil kesempatan untuk lebih lantang bersuara di negara ini.

“Sekarang kita dengar sudah ada penganjuran pesta arak, pesta gay di negara ini. Dulu mana ada semua ini.

“Kami bukan anti-gay. Itu hak masing-masing. Cuma jangan promosikan sebarang penganjuran pesta, program yang boleh pengaruhi masyarakat. Untuk apa mereka berkongsi maklumat sebegitu?” soalnya dalam temu bual bersama Sinar Online, hari ini.

Sebelum ini , sebuah portal melaporkan satu acara gay akan berlangsung Kuala Lumpur pada 30 September depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah mengarahkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan mengharamkan penganjuran pesta berkenaan.

Ibrahim dalam masa sama turut meminta masyarakat bukan Islam menghormati pendirian agama Islam.

“Kita adalah sebuah negara yang mana majoritinya adalah umat Melayu Islam. Wajar bagi mereka yang minoriti menghormati agama dan fahaman kita. Sedih bila ada (Melayu liberal) pertahankan budaya dan amalan songsang. Singapura pun tidak ada pesta gay sebegini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here