Makkah

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah dan berharap pelakunya dibawa ke muka pengadilan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan perbuatan keji yang dilancarkan oleh puak Houthi Yaman itu boleh mengancam keselamatan jemaah haji.

Malaysia juga berdiri teguh dalam ikatan perpaduan dengan Arab Saudi dalam memelihara keselamatan dan kesucian kedua-dua kota suci, Makkah dan Madinah,” kata kenyataan itu.

Pasukan Keselamatan Saudi pada Khamis (27 Julai) memintas sebuah peluru berpandu balistik, dikenali sebagai ‘Burkan-1’,  yang disasarkan 69 kilometer dari Makkah di kawasan Al-Wasliya di Wilayah Yaif.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan tersebut.

Wisma Putra berkata, Malaysia berharap konflik yang berterusan di Yaman dapat diselesaikan secara aman.

Menurut laporan media antarabangsa, puak Houthi pada Jumaat mengesahkan melancarkan peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi tetapi berkata serangan itu disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang paling sibuk di negara itu. – Bernama

SHARE
Previous articleMampukah BN Menang Di Kawasan Bandar?
Next articleNew Netanyahu “Peace” Plan Is Straight Out Of Apartheid South Africa
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here