SINGAPURA – MediaCorp mengumumkan bahawa ia akan menamatkan penerbitan majalahnya, FHM Singapura.

Dalam satu kenyataan, penerbit itu berkata ia telah mencetak isu terakhir majalah tersebut (September 2015) bulan ini.

“Menutup satu nama bukanlah mudah, tetapi dunia media sentiasa berkembang dan tabiat penggunaan media terhadap lelaki telah berubah sejak beberapa tahun.

“Kami berterima kasih kepada pembaca FHM Singapura atas sokongan mereka sejak 10 tahun lepas,” kata Jessie Sng, Ketua Kumpulan Pelanggan Lelaki, Wanita dan Ibu Bapa, MediaCorp.

Dengan penutupan FHM Singapura, MediaCorp akan menumpukan sumbernya kepada projek segmen lelaki baharu yang relevan dalam landskap yang sentiasa berubah ini.

Sumber: BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here