MCA hari ini menafikan yang ia telah menyerahkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak kepada Umno.

“Tidak benar. Saya tidak akan membincangkan isu pertukaran kerusi menerusi media,” kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai di ibunegara.

Beliau yang ditemui pemberita selepas pelancaran ‘MCA Belt and Road 2.0’ diminta mengulas mengenai desas-desus berhubung perkara tersebut.

Kerusi di kawasan bandar yang majoriti pengundinya adalah Melayu itu diperuntukkan sebagai kerusi tradisi MCA sejak lima pilihan raya lalu atas dasar semangat Barisan Nasional namun kerusi tersebut turut didambakan oleh Umno.

Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk (kini Tan Sri) Tan Chai Ho menyandang kerusi itu selama tiga penggal sebelum tewas di tangan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertanding atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008.

Khalid mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 2013 dalam pertembungan empat penjuru juga atas tiket PKR dengan majoriti 11,832 undi. Beliau kini wakil Bebas.

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here