Pimpinan Tertinggi BN memiliki kaedah tersendiri bagi menentukan calon yang bersesuaian untuk bertanding di setiap kawasan termasuklah di Parlimen Bandar Tun Razak.

Ketua BN Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Chew Yin Keen berkata, setakat ini kawasan Parlimen tersebut telah diagihkan pimpinan tertinggi BN kepada MCA.

“Setakat ini kerusi Parlimen Bandar Tun Razak diagihkan kepada MCA. Namun sekiranya ada sebarang perubahan, pucuk pimpinan akan umumkan kepada kita di peringkat bahagian,” katanya, semalam.

Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mohktar berkata, MCA yang bertanding di Bahagian itu sejak lima penggal lalu, namun kebanyakan pengundi Melayu mahu Umno mengambil alih kerusi berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here