Kylian Mbappe terus menimbulkan tanda-tanya berhubung perpindahan bernilai £160 juta (RM829 juta) ke Manchester City apabila berkongsi gambar bersama dengan pemain sayap Leroy Sane.

Kurang dari 24 jam selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan Ligue 1 yang menyaksikan kemenangan Monaco ke atas Touluse 3-2 pada Jumaat lalu, penyerang berusia 18 tahun itu berada di Manchester dalam satu acara promosi.

Sane dan Mbappe tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama pada Sabtu.

Mbappe dilaporkan menjadi subjek tawaran melebihi £100 juta dari Arsenal, Real Madrid dan Manchester City pada musim panas ini, setakat ini belum ada sebarang keputusan yang diumumkan mengenai statusnya di Monaco, kelab yang dibantunya untuk meraih gelaran Ligue 1 musim panas lalu.

Akhbar Perancis, L’Equipe kini melaporkan bahawa Mbappe yang berusia 18 tahun itu telah membuat keputusan bahawa dia mahu meninggalkan Monaco untuk mengembangkan kerjayanya.

Coutinho Buruan Barcelona

Manakala Barcelona sudah bersiap sedia untuk membuat perjanjian dengan pemain baharu bagi menggantikan Neymar yang melengkapkan perpindahan bernilai £198 juta (RM1.1 bilion) ke Paris Sain-German (PSG) pada minggu ini.

Bintang Liverpool, Philippe Coutinho, Ousmane Dembele dari Borussia Dortmund dan pemain pertahanan Real Sociedad, Inigo Martinez merupakan antara pemain yang dikehendaki kelab gergasi di Sepanyol itu sehingga tingkap perpindahan ditutup.

Memetik akhbar Sepanyol, Mundo Deportivo, Barcelona bersedia untuk menandatangani ketiga-tiga pemain itu apabila pengurusnya, Ernesto Valverde mahu membina semula skuadnya pada musim baharu ini.

Neymar mencatatkan rekod dunia menerusi perpindahannya dari kelab Barcelona ke PSG pada musim panas ini, apabila menjadi pemain paling mahal.

Beliau akan menerima bayaran lebih £500,000 (RM2.81 juta) seminggu bagi pendapatannya sahaja di Paris, dan tambahan kepada pengiklanan dan penajaan.

  • MStar Online
SHARE
Previous articleTiada Siapa Mampu Cemari Hubungan Najib dan Zahid
Next article“Negaraku Bangkit Bersama”
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here