Penyerang Paris Saint Germain, Kylian Mbappe berkata dia menolak tawaran daripada pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan memilih untuk berhijrah ke pasukan gergasi Perancis itu.

Mbappe bercakap dengan Wenger mengenai kemungkinan meninggalkan Monaco untuk menyertai Gunners, namun menegaskan dia mengambil keputusan kembali ke ibu kota Perancis itu.

Penyerang antarabangsa Perancis berusia 18 tahun itu membesar di Paris, bermain buat Monaco sebelum menyertai PSG secara pinjaman minggu lalu, dengan perjanjian dibuat bagi membolehkan perpindahan tetap tahun depan dengan yuran perpindahan dilaporkan STG166 juta (RM917.83 juta).

Mbappe mendedahkan minat Arsenal terhadapnya dengan memberitahu Daily Telegraph: “Benar, saya bertemu Arsene Wenger, yang juga seorang jurulatih hebat.

“Dia memiliki reputasi yang hebat di Perancis, dia amat dihormati dan tahu bagaimana membangunkan pemain muda. Ini adalah pilihan yang bagus buat saya. Tetapi sudah tentu, Paris St Germain ialah pilihan utama.”

Mbappe memilih untuk bekerjasama dengan jurulatih PSG, Unai Emery di bahagian depan yang turut menampilkan pemain dengan rekod dunia STG200 juta (RM1.105 bilion) Neymar, yang melengkapkan perpindahan hebat dari Barcelona pada Ogos.

“Kami menimbangkan kelebihan dan kekurangan semua kelab tetapi keluarga saya berkata ia memerlukan saya membuat keputusan sendiri, saya perlu melakukannya,” kata Mbappe.

“Ia juga perlu menjadi keputusan jangka masa panjang. Jadi ia terpulang kepada saya dan saya mengambil keputusan untuk datang ke sini untuk terus meningkat.” – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here