Menteri Besar Mohamad Azmin Ali mengesahkan beliau akan hadir pada perhimpunan BERSIH 4 yang disifatkannya sebagai yang terbesar pada esok dan Ahad ini.

Sambil mengajak rakyat supaya turun bersama, katanya, BERSIH 4.0 adalah perhimpunan bagi menyelamatkan negara. Tanpa memberitahu bagaimana perhimpunan tersebut dapat menyelamatkan Negara, beliau turut menyatakan rakyat bertanggungjawab untuk menyuarakan hak mereka di jalanan esok.

Pada masa yang sama, Azmin turut menyatakan kemungkinan akan ada pasukan kepimpinan baru negara menjelang hujung tahun ini. Beliau turut mengajak ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional untuk sama-sama menyokong agenda dan gerakan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here