wayang

Hari ini, Parti Amanah Negara (PAN) melalui Mazlan Aliman mempertikai ketegasan yang dibuat oleh Datuk Ayub Rahmat, Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor dalam membidas tindakan pembangkang Johor terhadap wayang politik mereka baru- baru ini.

Beberapa hari yang lepas, pembangkang Johor telah mengedarkan 1 kotak kertas A4 ke beberapa buah sekolah. Mereka menggembar- gemburkan menjadi sensasi bagaikan telah menyumbang sehingga 10 lori kertas A4 sedangkan pada hakikatnya hanyalah 1 kotak sahaja.

Tindakan pembangkang Johor bermain wayang politik dengan menjadikan institusi pendidikan di negeri Johor sebagai sasaran tidak ubah seperti sekadar mencari modal politik sahaja.

Mereka cuba memberi gambaran bahawa beberapa sekolah di negeri Johor tidak mendapat perhatian sedangkan pada hakikatnya kerajaan negeri Johor melalui Datuk Ayub Rahmat selaku exco bagi portfolio pendidikan negeri sentiasa memastikan keseluruhan institut pendidikan di Johor dalam keadaan terbaik.

Bagi Persatuan Pemikir Muda Johor, tindakan pembangkang ini sengaja mahu menarik perhatian rakyat selepas mereka rasa tidak senang melihat sambutan hangat daripada rakyat Johor terhadap Ekspo Johor Berkemajuan 2017. Rakyat akhirnya sedar dan menilai sendiri setiap tomahan jahat yang dibuat terhadap negeri ini, sedangkan pada fakta dan realitinya negeri ini telah diurus dengan baik dan progresif.

Selain itu, pada hakikatnya terdapat juga wakil rakyat kerajaan, PIBG, NGO yang menyumbang kepada sekolah secara peribadi, tetapi tidak pula digembar-gemburkan sebagaimana pembangkang yang mencanang 1 kotak seperti 1 lori A4.

Adakah modal terbaik bagi pembangkang pada ketika ini hanya sekadar kertas A4 sahaja?

Nasihat kami kepada Mazlan Aliman khususnya, cukuplah bermain wayang politik. Generasi muda Johor sudah muak melihat retorik dan fitnah jahat pembangkang yang tidak pernah serik dalam menghasut rakyat.

Seeloknya Mazlan Aliman menguruskan kewangan beliau yang kini muflis akibat kegagalan membayar saman fitnah beberapa tahun yang lepas. Adalah lebih baik juga kertas-A4 itu digunakan sebagai salah satu kaedah mengedar risalah bagi meminta sumbangan rakyat bagi membayar saman fitnah beliau.

FIKRI ALLAUDIN adalah aktivis Persatuan Pemikir Muda Johor. Artikel ini adalah pandangan peribadi beliau dan tiada kena mengena dengan Malaysian Access.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here