Anggota penyelamat mengeluarkan satu lagi mayat dari tapak pembinaan dari kemalangan tanah runtuh Tanjung Bungah pagi semalam.

Bomba Pulau Pinang berkata mayat ke-4 itu mayat seorang lelaki tetapi identitinya belum disahkan.

Awal hari ini, pihak berkuasa mengenalpasti 3 mayat yang dikeluarkan sebagai mayat warga Bangladesh yang bekerja di projek kondominium itu.

Pegawai penyelamat juga mengesahkan seramai 14 mangsa tertanam hidup-hidup dalam runtuhan tanah itu. Hanya seorang daripada mangsa berkenaan orang tempatan, sementara 13 yang lain warga Indonesia, Bangladesh dan Rohingya.

Laporan sebelum ini yang mengatakan 2 orang diselamatkan tidak tepat kerana sumber di tempat kejadian terkeliru dengan beberapa orang yang tercedera berdekatan kawasan tanah runtuh.

Sementara itu, Pengarah Bomba Saadon Mokhtar berkata 3 anjing pengesan daripada unit ke-9 dihantar ke kawasan itu untuk mencari mangsa.

Beliau berkata usaha menyelamat akan mengambil masa kerana runtuhan tanah yang meliputi kawasan seluas 160 meter kaki persegi sekurang-kurangnya berkedalaman 35 meter.

Dalam kejadian 8.50 pagi tadi, cerun bukil runtuh menimpa kawasan pembinaan berdekatan Kolej Tunku Abdul Rahman di Tanjung Bungah.

Warga tempatan yang menjadi mangsa kejadian itu adalah penyelia tapak dan juga lepasan kolej itu.

Kondominium mampu milik itu dibina oleh sebuah syarikat swasta dan dijangka siap Jun 2020, dengan 2 menara 49 tingkat yang terdiri daripada 980 unit.-FMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here