Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 35 tahun mati ditembak dari jarak dekat di parkir sebuah pusat beli belah, Taman Pelangi di sini, 9.20 malam tadi.

Mangsa terkena satu das tembakan di dada dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa sedang memasukkan barang ke dalam kereta selepas berbelanja di pasar raya besar di situ.

Katanya, suspek juga dipercayai memancitkan salah satu tayar kenderaan mangsa sebelum menembaknya.

“Kita masih menyiasat sama ada suspek berseorangan atau sebaliknya.

“Polis turut memperolehi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pengurusan pusat beli-belah berkenaan,” katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk bedah siasat.- Harian Metro

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here