Mat Taib

Perangai keluar masuk parti ini bukanlah satu trending. Ianya telah berlaku bertahun-tahun dahulu lamanya di tanah air kita ni. Ramai yang menyerang dan mempersendakan keputusan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib atau dikenali sebagai ‘Mat Taib’ atau ‘Mike Tyson’ kerana masuk semula UMNO setelah bersekongkol dengan PAS pada April 2013 dan kemudiannya PKR pada bulan September 2015.

Masuk sahaja ulang tahun kedua bersama PKR, Mat Taib dilihat sekali lagi lompat kapal dan kali ini kembali ke pangkuan UMNO. Alasan beliau? Pakatan Harapan tidak memperjuangkan agenda Melayu dan Islam. Mungkin di pemikiran Mat Taib, PKR ni terlalu liberal dan tidak bersatu, PAN pula ikut telunjuk DAP manakala PPBM dilihat “terlalu Mahathir”.

Apa pun alasan Mat Taib, lompat parti ini perkara biasa di arena politik Malaysia. Tun M sendiri pernah keluar UMNO pada tahun 1969. Beliau masuk semula UMNO tahun 1972 pada zaman Tun Razak dan keluar parti sekali lagi tahun 2008 ketika Pak Lah presiden. Tun M kemudian masuk balik UMNO tahun 2009 dan bantu promosi agenda yang dibawa Najib Razak tetapi keluar lagi tahun 2016 sebelum menubuhkan PPBM.

Kadang kala, kita perlu mengalami sesuatu itu sendiri sebelum kita dapat menggunakan pengalaman tersebut demi kebaikan diri dan sejagat. Mat Taib telah merasai dan tahu apa yang berlaku di seberang sungai. Begitu juga dengan Tun M. Sama ada parti baru yang dipilih itu memperjuangkan isu liberal atau isu Melayu Islam, biarlah pengundi yang menilai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here