Real Madrid meraih kemenangan 2-1 ke atas Manchester United dalam pertandingan Piala Super Eropah yang berlangsung di Philip II Arena, Skopje, awal pagi Rabu.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Madrid meraih gelaran Piala Super Eropah untuk kali keempat sepanjang sejarah kelab.

United tampil dengan kekuatan penuh dalam pertandingan kali ini.

Nemaja Matic, Romelu Lukaku dan Victor Lindelof diturunkan pengurus Jose Mourinho sejak minit pertama.

Begitu juga di kubu Madrid, tetapi Zinedine Zidane dilihat mengambil langkah berani dengan tidak menempatkan Cristiano Ronaldo sebagai starter.

Manchester United TewasSejak awal permainan, kedua-dua pasukan saling melakukan serangan namun Madrid berjaya mendahului pada minit ke-24 apabila Casemiro menerima umpan daripada Dani Carvajal dan melepaskan tendangan mendatar ke arah sudut kiri gawang David De Gea.

Bagaimanapun United tidak lemah sebaliknya terus melakukan serangan.

Mereka mendapat beberapa peluang daripada Paul Pogba dan Romelu Lukaku tetapi sayangnya kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat babak pertama.

Memasuki babak kedua, Madrid terus menggandakan kedudukan menerusi gol Isco Alarcon pada minit ke-52.

Pemain berkenaan melakukan kerjasama dengan Gareth Bale dan melepaskan tendangan yang bolanya gagal diselematkan De Gea.

Ketinggalan 2-0, United terus menggempur pertahanan Madrid.

United berpeluang mendapat gol menerusi Nemanja Matic yang melepaskan sepakan dari luar kotak penalti tetapi mampu ditepis Keylor Navas.

Bagaimanapun gawang Navas bolos juga apabila Romelu Lukaku menjaringkan gol pada minit ke-62.

Pada kedudukan 2-1, skuad Mourinho terus mengancam Madrid untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan.

Tetapi disebabkan barisan pertahanan Madrid yang kukuh membuatkan kedudukan 2-1 bertahan hingga perlawanan berakhir. – MStar Online

SHARE
Previous articleKenapa Pembangkang Takut TN50?
Next articleIf GST Is Scrapped, What Is Pakatan Harapan’s Plan?
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here