Pep Guardiola memuji Manchester City kerana enggan dikecewakan pertahanan kental West Ham selepas pendahulu Liga Perdana Inggeris itu bangkit daripada ketinggalan seterusnya mencipta kemenangan 2-1 awal pagi tadi.

City yang bermain cara menyerang mendapati sukar melepasi benteng Hammers selepas jaringan mengejut Angelo Ogbonnna sebelum tamat babak pertama, namun mereka tidak mengalah dan menyamakan kedudukan menerusi Nicolas Otamendi, 12 minit sebelum rehat dan David Silva meledak voli berbaki tujuh minit permainan.

“Kami bermula sangat baik tetapi kami hilang sabar. Kami tiada rentak kerana (penjaga gol West Ham) Adrian mengambil masa 30 saat setiap kali (memegang bola).

“Mereka meletakkan 10 pemain di dalam kawasan penalti, ia hampir mustahil. Ia kemenangan besar. Ia menunjukkan siapa kami.”

City yang menyamai rekod 13 kemenangan berturut-turut dalam liga meletakkan mereka lapan mata berbanding pasukan tangga kedua Manchester United menjelang saingan awal pagi Isnin depan bertemu skuad kendalian Jose Mourinho.

Guardiola mengakui keputusannya pada babak pertama untuk memasukkan penyerang Brazil, Gabriel Jesus adalah saat penting bagi memberikan City lebih banyak sokongan buat Sergio Aguero di depan.

“Anda cuba untuk mengatasinya (apabila pasukan banyak bertahan). Kami memiliki dua penyerang pada babak kedua dan itu membantu, ia pengajaran besar buat kami. Kami lebih banyak mencipta peluang dengan dua penyerang,” katanya.

“Kepantasan lebih baik, kami lebih banyak mengasak ke dalam kotak penalti. Kevin de Bruyne bermain selaku pemain tengah bertahan memberikan kami rentak. Kami jauh lebih baik.” – AFP

SHARE
Previous articleLompat Parti: Perjuangan Atau Pengkhianatan?
Next articleLiga M : Kelantan Perkuat Benteng Ikat Cassio
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here