Manchester City dikhabarkan semakin hampir untuk mengikat pemain dari Valencia , Nicola Otamendi bernilai £32 juta (RM206.09 juta).

 

Difahamkan pemain kelahiran Argentina itu telah menjalani pemeriksaan perubatan di Manchester dan bersetuju dengan terma kontrak selama lima tahun.

Kelab itu dijangka membuat pengumuman mengenai perpindahan Otamendi dalam tempoh 24 jam.

Pemain 27 tahun itu akan menjadi pemain keempat yang menandatangi pasukan di bawah pimpinan pengurus Manuel Pellegrini selepas Raheem Sterling, Fabian Delph dan Patrick Roberts.

– mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here