Manchester City kembali menyerlahkan karakter pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila membelasah Liverpool 5-0 semalam.

Aksi  di Stadium Etihad itu juga menyaksikan The Reds,  terpaksa beraksi 10 pemain setelah Sadio Mane dibuang padang kerana terjahan ke atas penjaga gol City, Ederson.

Tuan rumah ketika itu mendahului 1-0 hasil jaringan Sergio Aguero dan dua gol, masing-masing dari Gabriel Jesus dan Leroy Sane yang melengkapkan kemenangan bergaya City ke atas Liverpool.

Manchester CIty

Untuk rekod, anak buah Jurgen Klopp berjaya mengelak kekalahan di tangan enam pesaing teratas musim lalu, ia adalah kekalahan pertama skuad kendalian Klopp kepada lawannya itu sejak ditewaskan Manchester United 1-0, Januari tahun lalu.

Kekalahan berkenaan juga menyaksikan bekas pemain Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain mengalami dua kekalahan berturut-turut dengan dua kelab berbeza selepas penampilan sulungnya bersama  Liverpool yang sebelum ini membelasah The Gunners, 4-0. – MStar Online

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here